Khamis, 18 April 2013

DOWNLOAD SOFTWARE TARANNUM

BIMBINGAN TILAWATIL QURAN SECARA INTERAKTIF OLEH USTDZ.MUAMMAR.ZA :

Bagi yang ingin belajar quran secara interaktif  melalui software tarannum/bimbingan tilawatil quran oleh ustaz Muammar.za secara interaktif.

Tetapi tidak hanya cukup dengan software ini untuk belajar tilawatil quran, tentu saja memerlukan pembimbing yang tentunya sudah mahir untuk belajar tilawatil quran dikarenakan Allah swt telah memerintahkan kita untuk memperbagus suara di dalam melantunkan ayat suci Al-quran yang dapat menggetarkan hati bagi orang yang mendengarnya.





CONTOH-CONTOH VIDEO TARANNUM



BAYYATI :



















DOWNLOAD MP3 BAYYATI DISINI



SOBA :














DOWNLOAD MP3 SOBA DISINI





HIJAZ:










NAHWAND :










SIKAH :











JIHARKAH:






Khamis, 14 Mac 2013

PENGENALAN TARANNUM

Tarannum dari segi bahasa adalah lagu. Taranum dari segi istilah pula memberi maksud mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Ia membawa maksud ilmu atau kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu.

Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca terhadap kecantikan dan keindahan kalimah-kalimah Allah serta mampu menghayati uslub-uslub al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, roh, serta dapat beramal dengannya.

Di Malaysia, kaedah ini dikenali dengan nama Taranum al-Quran sempena sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud, "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (taranum) bacaan al-Quran.

Terdapat pelbagai aliran taranum seperti misri, hijazi, iraqi, kurdi dan ajami. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran misri.

JENIS-JENIS TARANNUM


TARANNUM BAYYATI



Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Harmoni.
• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

• Memantapkan persembahan.
• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.



TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

• Gerak ringan meresap jiwa.
• Alunan lembut yang mendayu.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.



TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai 
suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz 
telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.
• Ketegasan pendorong semangat.
• Kelincahan menghidupkan persembahan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran).
Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan bersopan.
• Sederhana memikat jiwa.
• Kehalusan seni.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.
• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi 
kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq 
budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.
• Kelembutan alunan.
• Lincah menyemarakkan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi
(pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum 
Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Berciri kesedihan dan kerintihan.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Contoh :

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi
(pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum 
Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah
• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Harmoni.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.
• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.