Khamis, 14 Mac 2013

JENIS-JENIS TARANNUM


TARANNUM BAYYATI



Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Harmoni.
• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

• Memantapkan persembahan.
• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.



TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

• Gerak ringan meresap jiwa.
• Alunan lembut yang mendayu.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.



TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai 
suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz 
telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.
• Ketegasan pendorong semangat.
• Kelincahan menghidupkan persembahan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran).
Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan bersopan.
• Sederhana memikat jiwa.
• Kehalusan seni.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.
• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi 
kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq 
budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.
• Kelembutan alunan.
• Lincah menyemarakkan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi
(pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum 
Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Berciri kesedihan dan kerintihan.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Contoh :

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi
(pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum 
Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah
• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Harmoni.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.
• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan